Tips Ads4Blog | Unsur 3K Kejayaan Sebuah Blog

“3K adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten”


Tanpa melakukan 3K ini, mungkin blog anda tidak akan dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan penyampaian serta kehendak sebenar anda.

Anda perlu mula menulis blog dan memilih topik perniagaan di internet dan juga mengenai keusahawanan. Anda hanya terus menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan pemikiran, pengalaman dan juga pembacaan anda. Anda perlu tetap fokus pada topik pilihan anda.

Kesabaran
Dalam penulisan blog juga, anda perlu bersabar, bersabar di dalam mengekalkan PENULISAN di blog anda walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blog anda mungkin akan dipecah-masuk (hack) dan sebagainya.

Berkat sifat sabar, hari berganti hari, bilangan tulisan anda mungkin mencecah ratusan artikel! Mungkin blog anda Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.

Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog anda perlulah apa yang anda minat dan berkaitan dengan cita-cita anda. Maka untuk mengekalkan blog, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Anda perlu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan mencari dengan kesungguhan yang tinggi.

Konsisten
Anda minat apa yang anda lakukan. Sebab itu blog anda tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blog anda dibina bukan semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Anda akan terus konsisten mengekalkan blog anda agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usaha anda!

=======================================================

Khas untuk Agen Ads4Bucks, dapatkan E-Book Panduan Asas Membina Ads4Blog.Net sekarang!

Tips Ads4Blog | Bagaimana Mendapat Idea Untuk Menulis

“Menulis merupakan syarat utama untuk blog anda kekal hidup”

Sebenarnya teramat senang untuk anda mengekalkan penulisan di blog anda. Seperti yang saya kongsikan pada tips sebelum ini, anda hendaklah sekurang-kurangnya mengemas-kini blog anda paling kurang seminggu sekali. Tapi masih ramai yang buntu untuk mendapatkan idea untuk menulis…

Jangan bimbang, saya ada tiga (3) cara untuk anda mendapatkan idea menulis di blog anda :

1. Melawat Laman Web Berkaitan Blog Anda

Ya, anda hanya perlu cari di Enjin Carian seperti Goggle.com atau Yahoo.com untuk anda menulis artikel. Taipkan kata kunci di bahagian yang disediakan dan tekan ENTER… Mudah bukan! Tapi anda pasti pening untuk memilih mana satu yang terbaik dan sesuai dengan tajuk yang anda kehendaki…

Saya syorkan anda buka laman web direktori artikel seperti di http://ezinearticles.com. Di dalam laman web tersebut, terdapat pelbagai artikel yang telah dikategorikan dengan bermacam-macam kategori… Anda pilih salah satu artikel dan kaitkan dengan isi penulisan di blog anda.

2. Melawat Blog Yang Sama Bidang Dengan Anda

Tentunya anda bukan yang pertama menghasilkan blog atau laman web berkaitan Bisnes dan sebagainya… Untuk itu ambil kesempatan ini untuk anda melawat ke blog-blog lain yang berkaitan dengan tajuk yang ingin anda bincangkan di blog anda…

Tetapi anda perlu ingat, yang anda tidak boleh meniru 100% penulisan yang terdapat di dalam blog tersebut… Anda hanya perlu ambil isi penting dan buat ulasan dan huraian anda sendiri… Akan tetapi jika anda mengambil sesuatu FAKTA, pastikan fakta tersebut tepat dan benar… Ini untuk mengelakkan pelawat yang datang ke blog anda keliru dan menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang.

3. Menyertai Forum Komuniti

Ini selalu saya amalkan, iaitu menyertai mana-mana Forum Komuniti untuk mendapatkan lebih ramai kenalan dan seterusnya mencari idea-idea untuk menulis di blog saya kelak. Kebiasaannya di forum-forum komuniti ini, ramai ahlinya akan membincangkan pelbagai tajuk sesama mereka… Justeru, anda ambil peluang ini untuk bersoal-jawab dengan mereka untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik untuk blog anda.

=============================================================

Tips Ads4Blog | Kekalkan Pelawat Di Blog Anda

“Sentiasa kemaskini blog anda dengan artikel-artikel terbaru dan berterusan/konsisten”

Mungkin anda sibuk dengan pekerjaan anda atau apa sahaja aktiviti harian anda yang lain, namun begitu blog anda jangan pula dibiarkan lama tanpa ada post atau artikel terbaru. Kerana bila anda lama meninggalkan blog anda tanpa ada cerita terbaru akan menyebabkan pelawat akan ‘pergi’ atau tidak lagi berkunjung ke blog anda.

Ini akan menyebabkan kedudukan blog anda akan jatuh dan seterusnya anda kehilangan pelawat. Pelawat biasanya berkunjung ke blog anda untuk mendapatkan informasi terkini tentang apa sahaja topik yang blog anda sediakan. Seolah-olah mereka inginkan sesuatu dari penulisan anda…

Justeru, pastikan blog anda sentiasa dikemaskini paling kurang sekali seminggu atau bergantung kepada topik yang anda kongsikan. Biarlah tulisan anda ringkas, yang penting anda kemaskini blog anda secara berterusan. Ini juga melihatkan kesungguhan anda kepada orang ramai yang anda serius ber-bloggin. Lebih-lebih lagi jika blog anda mempromosikan bisnes anda.

=================================================================

Khas untuk Agen Ads4Bucks, dapatkan E-Book Panduan Asas Membina Ads4Blog.Net sekarang!

Tips Ads4Blog | Mulakan Dengan Langkah Pertama

“Kejayaan sesebuah blog bergantung kepada langkah pertama yang dibuat”

Kebanyakkan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diimpikan. Tetapi bila apa yang dilakukan tidak menjadi, maka mulalah mereka menyalahkan orang lain atau terus berputus-asa. Kenapa boleh jadi perkara ini, dan dimana silapnya? Silapnya adalah dilangkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama :-

1. Tidak Tahu Asas-Asas Blog

Tahukah anda, ramai orang tahu membina blog. Tetapi tidak ramai tahu apa itu blog dan perkara-perkara asas tentang blog. Ibarat memakan sesuatu, tetapi tidak tahu apa yang dimakan… Cukup bahaya situasi ini! Begitu juga dengan blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, seseorang itu nak atau tidak perlu tahu asas-asas blog yang utama.

Melalui E-book ini, anda akan didedahkan dengan asas penggunaan Ads4blog dan dari semasa ke semasa anda akan memahami perkara-perkara asas yang terdapat dalam sistem Ads4blog.

2. Tidak Menentukan Topik Blog Yang ‘Menguntungkan’

Hidup matinya sesebuah blog itu bergantung kepada topik yang dikongsikan kepada pembaca. Jika blog anda membincangkan tentang bisnes, maka anda perlu beri keutamaan tentang bisnes yang anda sedang buat. Tidak perlu anda cerita panjang tentang hal-hal lain lagi… Terus kepada bisnes yang anda sedang usahakan, ceritakan kelebihan dan sebagainya…

Pastikan juga topik yang anda post diblog anda adalah topik terkini (semasa) dan sentiasa dikemas-kini paling kurang sekali seminggu ataupun sebulan sekali… Terpulang kepada anda.

3. Tiada Pelan Tindakan Yang Tersusun

Sebelum anda membina blog, anda sudah perlu membuat pelan tindakan.. iaitu perancangan secara tersusun, sistematik dan profesional. Jika tidak, blog anda tidak akan kekal lama… Pelan tindakan yang dimaksudkan adalah dari segi persembahan blog, susunan artikel dan hal-hal berkaitan teknikal blog…

=================================================================

Khas untuk Agen Ads4Bucks, dapatkan E-Book Panduan Asas Membina Ads4Blog.Net sekarang!

Tips Ads4Blog | Pelbagaikan Sumber Income Anda Dengan Blog

“Pelbagaikan sumber pendapatan anda melalui blog. Jangan fokus hanya kepada satu sahaja… Tetapi pastikan anda konsisten dan berterusan”

Nampak mudah bukan? tetapi ramai yang mengabaikan perkara ini… Memang ramai yang menjana pendapatan melalui blog, tetapi hanya satu jenis sahaja yang mereka sertai… Jadi bagaimana untuk mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog?

1. Sertai beberapa Program Affiliate... Anda sudah menyertai Program Affilliate Ads4bucks sekarang, dan sekarang anda perlu pelbagaikan lagi program Affilate anda secara sambilan, tidak hanya fokus kepada Affiliate Ads4bucks semata-mata… Anda jadikan program Affiliate Ads4bucks sebagai Major Bisnes anda, manakala Program Affiliate yang lain sebagai Minor Bisnes anda… Kebiasaannya komisyen yang diberi untuk produk digital (program affiliate) adalah 40-50% dan juga 50-50%

2. Menyewa ruang iklan diblog anda… Anda hanya perlu wujudkan ruang iklan dibahagian side blog anda. Walau bagaimanapun, sebelum anda menyewa ruang iklan di blog anda, pastikan bilangan pelawat yang melawat ke blog anda sangat tinggi, iaitu paling kurang antara 50-100 pelawat sehari… Jika tidak, ruang iklan anda akan kosong sampai bila-bila kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada pembeli iklan anda…

3. Jual produk anda sendiri… Ya, ini sememangnya yang patut anda buat. Jika anda ada produk sendiri, gunakan sepenuhnya untuk mempromosikan produk anda di blog… Jangan lupa untuk promosikan sekali perkhidmatan Ads4bucks kepada orang ramai…

Demikian antara tiga program untuk anda pelbagaikan sumber pendapatan melalui blog… Anda hanya perlu lakukannya secara konsisten dan seterusnya anda mampu melipatgandakan pendapatan anda…

=================================================================

Khas untuk Agen Ads4Bucks, dapatkan E-Book Panduan Asas Membina Ads4Blog.Net sekarang!

Bad Behavior has blocked 12 access attempts in the last 7 days.